Dasar Kuki Global Dyson

Mac 2018

Pengenalan

Seperti kebanyakan laman web lain, laman web Dyson turut menggunakan kuki. “Kuki” ialah fail teks kecil yang disimpan oleh laman web pada peranti anda melalui penyemak imbas web. Kuki telah digunakan sejak pertengahan 1990an dan merupakan salah satu teknologi yang paling meluas digunakan di Internet. Sebahagian besar fungsi laman web yang penting menggunakan kuki. Contohnya, anda tidak boleh membeli-belah dalam talian tanpa menggunakan kuki kerana kuki digunakan untuk mengingati item yang telah anda tambahkan ke dalam raga beli-belah.

Sesetengah kuki yang kami gunakan di Dyson akan mengumpulkan maklumat peribadi anda. Sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan akan digunakan menurut kami dasar privasi. Kuki digunakan untuk membolehkan laman web berfungsi dan membantu kami memahami maklumat yang paling berguna kepada pelawat laman web kami.

Prinsip Kuki

Dasar kuki ini menerangkan cara Dyson menggunakan kuki di semua laman webnya di seluruh dunia. Dalam dasar kuki ini, apabila kami merujuk “Dyson” atau “kami”, kami maksudkan syarikat atau syarikat-syarikat Kumpulan Dyson yang menyediakan laman web tersebut kepada anda. Maklumat tentang syarikat atau syarikat-syarikat Kumpulan Dyson yang bertanggungjawab menyediakan laman web di negara anda, dan sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kuki yang digunakan di laman web tersebut, boleh didapati di Lampiran dasar privasi kami.


Perakuan anda

Dengan meneruskan penggunaan laman web kami, anda menerima bahawa kuki akan ditetapkan pada peranti anda, seperti yang dihuraikan dalam dasar kuki ini.

Baca seterusnya Baca kurang
Buka untuk membaca dasar cookies Dyson lengkap
Ditweet dasar cookies
  • Cara kami menggunakan kuki
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kebanyakan kuki di laman web kami melaksanakan fungsi penting dan membolehkan anda menavigasi laman web kami dan menggunakan ciri laman web ini; contohnya, apabila anda log masuk ke akaun Dyson anda, kuki akan menyimpan maklumat pada akaun anda. Dalam dasar ini, kuki ini dirujuk sebagai "Kuki Amat Penting".

    Kuki lain tidak penting tetapi membantu kami memahami cara laman web kami digunakan oleh pelawat, agar kami boleh menambah baik aktiviti dalam talian kami. Kami menggunakan alat Analisis Web untuk mencerap maklumat ini. Alat ini mencerap maklumat seperti masa yang diambil untuk memuatkan laman web, cara laman web digunakan dan maklumat yang paling banyak dilihat oleh pelawat laman web kami. Maklumat ini membantu kami menambah baik fungsi laman web kami, misalnya, dengan memastikan anda dapat menemui maklumat yang anda cari dengan mudah. Maklumat ini juga mengenal pasti mana-mana bahagian laman web kami yang tidak berfungsi dengan betul supaya kami dapat membetulkan dan menjadikan laman web kami lebih baik untuk anda dan pengguna lain. Dalam dasar ini, kuki ini dirujuk sebagai "Kuki prestasi".

    Kuki tambahan membolehkan laman web kami mengenali anda apabila anda kembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami mengingati pilihan yang anda buat (seperti nama pengguna, bahasa atau wilayah anda) dan menyediakan ciri lebih peribadi yang dipertingkatkan. Dalam dasar ini, kuki ini dirujuk sebagai "Kuki kefungsian".

    Satu jenis kuki lagi mencerap prestasi pengiklanan dalam talian kami, dan lokasi yang harus kami paparkan iklan dalam talian. Kuki ini memberitahu kami jika salah satu iklan kami di laman web lain seperti Google atau Yahoo telah menghalakan pelawat ke laman web Dyson.

    Jenis kuki ini jug membantu kami menjangkau pengguna yang lebih berminat dengan produk Dyson. Maka jika anda melayari laman web Dyson, anda mungkin melihat iklan kami di laman web lain. Ini dikenali sebaga pemasaran semula atau pengiklanan gelagat dan digunakan untuk menjadikan iklan kami lebih relevan dengan minat anda. Dalam dasar ini, kuki ini dirujuk sebagai "Kuki Pengiklanan".

    Kami juga menggabungkan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dengan sebarang maklumat anda yang kami simpan sebagai pelanggan Dyson. Contohnya, kami menggabungkan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dengan maklumat peribadi yang anda kongsikan dengan kami, atau maklumat daripada produk Dyson, untuk analisis profil dan statistik populariti produk, gelagat anda apabila menggunakan laman web Dyson atau cara produk Dyson digunakan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Jenis kuki yang digunakan oleh Dyson
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kuki dibahagikan kepada dua kategori umum: kuki pihak pertama (yang kami tetapkan) dan kuki pihak ketiga (yang ditetapkan oleh pihak ketiga).



    Kuki pihak pertama

    Sebahagian besar kuki ini membolehkan kefungsian penting di laman web kami. Ini juga termasuk kuki Analisis Web kami sendiri, yang kami gunakan untuk memahami cara laman web kami digunakan oleh pelawat agar kami dapat menambah baik laman web.



    Kuki pihak ketiga

    Kuki pihak ketiga tidak ditetapkan oleh Dyson tetapi dipilih oleh pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami. Sesetengah kuki pihak ketiga ini membolehkan penyediaan perkhidmatan yang berguna misalnya soal selidik dalam talian atau Sembang Langsung (yang membolehkan anda bertanyakan soalan kepada pakar Dyson). Kuki lain mungkin ditetapkan oleh rangkaian pengiklanan yang bekerjasama dengan kami untuk menjejaki aktiviti dalam talian anda supaya mereka boleh meletakkan iklan dalam talian kami di lokasi yang paling sesuai. Dalam bahagian “Mengurus kuki” di bawah, kami menerangkan cara anda boleh menukar tetapan anda supaya pihak ketiga (termasuk pengiklan) tahu bahawa anda tidak mahu dijejaki.



    Kuki media sosial

    Sesetengah halaman di laman web kami membenarkan anda berkongsi kandungan kami melalui laman media sosial seperti LinkedIn, Facebook dan Twitter. Ada kalanya kami mungkin membenam video daripada laman seperti YouTube. Laman ini menetapkan kuki sendiri yang tidak kami kawal. Laman media sosial ini mungkin mempunyai dasar kuki sendiri, yang jika tersedia, lazimnya terdapat di laman web laman tersebut. Anda hendaklah menyemak dasar kuki itu dengan teliti untuk memastikan anda berpuas hati dengan dasar tersebut.

    Kuki yang termasuk dalam tiga kategori di atas boleh dikategorikan selanjutnya bergantung kepada sama ada ia kuki sesi atau kuki kekal.



    Kuki sesi

    Kuki ini tamat tempoh apabila anda menutup penyemak imbas anda (atau jika anda tidak aktif untuk tempoh tertentu). Kuki ini digunakan di laman web e-dagang kami supaya anda boleh terus menyemak imbas tanpa kehilangan item yang telah anda masukkan dalam raga beli-belah anda.



    Kuki kekal

    Kuki ini kekal walaupun penyemak imbas ditutup. Kuki ini digunakan untuk mengingati anda supaya anda tidak perlu memasukkan semula kata laluan dan maklumat log masuk setiap kali anda melayari laman web.

    Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang beberapa kuki individu yang kami gunakan dan tujuan kami menggunakan kuki tersebut di sini.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Mengurus kuki
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Semua penyemak imbas web popular membenarkan anda mengurus kuki.

    Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak semua kuki, atau hanya jenis kuki tertentu.



    Apakah yang berlaku jika anda menolak semua kuki?

    Anda masih boleh menggunakan sesetengah bahagian laman web kami tetapi beberapa bahagian yang berguna tidak akan berfungsi jika anda melumpuhkan kuki. Contohnya, anda tidak boleh log masuk dan mengakses akaun Dyson anda, membuat pembelian atau mendaftarkan jaminan Dyson anda secara dalam talian.



    Cara mengurus kuki dalam penyemak imbas web yang berlainan

    Kebanyakan penyemak imbas membenarkan anda mematikan kuki. Sila ambil perhatian bahawa jika anda mematikan kuki, penggunaan laman web kami akan terhad.

    Pautan berikut memberikan maklumat tentang cara mengubah suai tetapan kuki di beberapa penyemak imbas popular:




    Maklumat lanjut tentang cara mengurus kuki

    www.allaboutcookies.org ialah sumber berguna yang mengandungi banyak maklumat terperinci tentang kuki dan cara mengurus kuki.

    Sila ambil perhatian bahawa pada masa ini, kami tidak memberikan respons kepada isyarat Do Not Track (DNT).

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Perubahan dasar kuki ini
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami akan menyemak, dan jika perlu, mengemas kini, dasar ini sekurang-kurangnya sekali setahun dan akan menyatakan tarikh kemas kini terakhir di bawah.

    Jika kami mengubah dasar kuki, kami akan menyatakan butiran perubahan tersebut di bawah. Jika kami menyimpan alamat e-mel anda, kami mungkin juga akan menghantar maklumat berkenaan perubahan tersebut kepada anda melalui e-mel. Jika perlu, kami akan turut meminta anda mengesahkan bahawa anda berpuas hati dengan perubahan tersebut.

    Kali terakhir dasar ini disemak dan dikemas kini adalah pada Mac 2018.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Perubahan terdahulu pada dasar kuki ini
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Mac 2018
    Dasar kuki dikemas kini untuk mencerminkan perubahan dalam cara Dyson menggabungkan kategori maklumat peribadi yang diperoleh daripada sumber berlainan.

    Mac 2016
    Portal Privasi Global telah dilancarkan dengan dasar kuki yang baharu.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Terjemahan dasar kuki ini
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Dasar kuki ini telah diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa rasmi beberapa negara. Kami menterjemahkan dasar ini untuk memastikan dasar ini jelas dan dapat difahami oleh semua pengguna laman web, aplikasi dan produk tersambung kami. Jika terdapat sebarang percanggahan atau ketaktekalan antara versi terjemahan dasar kuki ini dengan versi bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan digunakan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Hubungi kami
    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Anda boleh mengemukakan pertanyaan, komen atau kebimbangan kepada Pasukan Privasi kami melalui e-mel di privacy@dyson.com atau gunakan butiran hubungan tambahan, untuk Pasukan Privasi dan juga Pegawai Perlindungan Data yang relevan di negara anda, yang dinyatakan dalam dasar privasi. Kami akan membalas e-mel anda secepat mungkin.

    Baca seterusnya Baca kurang