Dasar Privasi Global

November 2019

Pengenalan

Di Dyson kami komited untuk memastikan data peribadi anda selamat dan tidak disalahgunakan.

Dengan berkongsi data peribadi anda dengan kami, dan dengan terus menggunakan laman web, aplikasi dan produk terhubung (“connected product”) kami, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami terma dasar privasi ini. Kami mengambil tanggungjawab terhadap data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda, dan kami bertujuan untuk bersikap telus tentang cara kami mengendalikannya, serta memberi anda kawalan ke atasnya.

Dasar privasi kami menerangkan jenis data peribadi yang kami kumpulkan, sebab-sebab kami mengumpulnya, cara kami menggunakannya, cara anda boleh mengawal data peribadi anda dan langkah-langkah yang kami sediakan untuk melindungi data peribadi anda. Ia terpakai kepada data peribadi yang kami kumpulkan melalui laman web Dyson kami, melalui aplikasi Dyson (termasuk Dyson Link), melalui produk terhubung kami (dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah) dan secara peribadi di kedai-kedai runcit atau reruai kami dan acara-acara anjuran Dyson.

Dalam dasar privasi ini, apabila kami merujuk kepada “Dyson”, “kami”, “kita” atau “milik kita”, kami maksudkan syarikat atau syarikat-syarikat kumpulan Dyson yang menyediakan anda dengan laman web, aplikasi atau produk terhubung Dyson atau yang bertanggungjawab terhadap kedai, reruai atau acara di negara anda. Maklumat tentang syarikat atau syarikat-syarikat kumpulan Dyson yang bertanggungjawab terutamanya terhadap sebarang data peribadi yang dikumpulkan mengenai anda, [dan butiran hubungan untuk Pegawai Perlindungan Data Dyson], boleh didapati di Maklumat Hubungan pada akhir dasar privasi ini yang bertajuk “Syarikat kumpulan Dyson yang manakah yang bertanggungjawab berhubung dengan data peribadi saya?”. Dalam dasar privasi ini, apabila kami merujuk kepada “Kumpulan Dyson”, kami maksudkan semua syarikat kumpulan Dyson.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau kebimbangan mengenai sebarang aspek dasar privasi ini atau cara Dyson mengendalikan maklumat anda, sila e-mel Pasukan Privasi kami di privacy@dyson.com.

prinsip Privasi

Dasar privasi boleh menjadi rumit. Kami telah berusaha untuk menjadikannya lebih jelas dan mudah diakses sebaik yang mungkin. Untuk membantu, kami juga telah merumuskan cara kami mengendalikan data peribadi anda di Dyson dalam prinsip privasi kami di bawah. Prinsip-prinsip ini menunjukkan komitmen kami dalam melindungi privasi anda serta mengendalikan data peribadi anda dengan cara yang betul dan seperti yang anda mahu ia dikendalikan.


Di Dyson kami:

  1. Hanya akan meminta atau mengumpul data peribadi yang kami perlu bagi menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan, produk dan pengalaman yang dijangkakan oleh pelanggan kami.
  2. Memberikan anda kawalan ke atas data peribadi yang kami simpan tentang anda untuk memastikan ia tepat dan mencerminkan keutamaan anda.
  3. Pastikan data peribadi anda sentiasa terjamin dan selamat.
  4. Bersikap adil dan telus tentang cara kami menggunakan data peribadi yang kami simpan.
  5. Hanya gunakan data peribadi anda untuk tujuan yang anda amanahkan kepada kami untuk menggunakannya.
  6. Tidak akan menjual data peribadi anda dan hanya berkongsi data peribadi seperti yang digariskan dalam dasar privasi kami atau apabila anda meminta kami berbuat demikian.
  7. Menghormati pilihan anda dan akan memaklumkan anda jika terdapat perubahan penting yang mempengaruhi data peribadi anda atau cara kami menggunakannya.
  8. Bertanggungjawab ke atas data peribadi yang kami simpan tentang anda.

Buka untuk membaca dasar privasi Dyson lengkap

Tutup dasar privasi

  • Apakah jenis data peribadi yang kami kumpulkan?

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami tidak berminat untuk mengumpul setiap butiran peribadi tentang anda. Sebab utama kami untuk mengumpul data peribadi anda adalah untuk menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan, produk dan pengalaman yang anda dan pelanggan kami jangkakan daripada kami.

    Terdapat sedikit perbezaan dalam takrifan data peribadi di merata dunia. Untuk menjamin privasi anda dan keselamatan maklumat anda, kami mentakrifkannya sebagai apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau individu lain.

    Kami mengumpul data peribadi tentang anda dalam beberapa cara yang berbeza. Dalam bahagian ini, kami menerangkan pelbagai cara kami mengumpul data peribadi tentang anda dan cara-cara maklumat tersebut akan digunakan. Untuk maklumat lanjut mengenai cara kami menggunakan data peribadi anda, sila lihat bahagian yang bertajuk “Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda?”.



    Maklumat yang anda kongsikan dengan kami


    Kami mengumpul data peribadi yang anda kongsikan dengan kami apabila anda menghubungi kami atau berinteraksi dengan kami melalui laman web kami, aplikasi, e-mel, telefon, berinteraksi secara peribadi di kedai, reruai dan acara-acara kami, atau sebaliknya.

    Sebagai contoh, anda akan memberikan maklumat kepada kami apabila anda menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami, membuat pesanan, membuat pendaftaran jaminan anda, melengkapkan kaji selidik, pertandingan atau soal selidik, mengemas kini keutamaan dan maklumat akaun anda, membuat sambungan melalui aplikasi Dyson atau menilai salah satu daripada produk kami di laman web kami.

    Melalui interaksi ini, anda mungkin berkongsi dengan kami: nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan maklumat pembayaran anda. Dalam beberapa keadaan, kami akan memerlukan maklumat tersebut untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta; sebagai contoh, kami perlukan maklumat pembayaran anda apabila anda membeli produk, dan alamat anda untuk tujuan penghantaran.

    Apabila mengemas kini maklumat akaun anda, anda akan diminta memberikan maklumat tentang isi rumah anda, rumah dan teknologi anda, alergi dan minat anda, dan ciri-ciri yang paling menarik hati anda tentang Dyson. Semua maklumat itu adalah pilihan, yang bermakna bahawa anda boleh memilih sama ada untuk memberikannya atau tidak; anda juga boleh meminta kami memadamkan maklumat yang telah diberi pada bila-bila masa dengan menghubungi khidmat pelanggan Dyson atau dengan menghantar e-mel kepada pasukan privasi global kami di privacy@dyson.com.

    Jika anda berkongsi butiran individu lain dengan kami (contohnya, jika anda telah membeli produk Dyson untuk seseorang atau jika anda mendaftar seseorang untuk aplikasi Dyson), maka anda perlu memastikan mereka membenarkan anda berkongsi data peribadi mereka dengan kami, dan membenarkan kami menggunakannya menurut dasar privasi ini.



    Maklumat daripada produk Dyson


    Selain data peribadi yang anda kongsikan dengan kami tentang diri anda dan produk Dyson anda, kami juga akan mengumpul dan mengendalikan data peribadi secara terus daripada produk terhubung Dyson anda. Produk terhubung ialah produk Dyson yang "pintar", berdaya internet atau dikendalikan melalui aplikasi Dyson.

    Kami akan mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan produk terhubung kami (contohnya, bila dan berapa lama ia digunakan), tahap tindak balas produk dan sebarang ralat (atau kemungkinan ralat) produk.

    Beberapa maklumat yang kami kumpulkan daripada penggunaan produk terhubung dan aplikasi kami akan membolehkan kami menentukan lokasi produk terhubung anda. Khususnya, anda perlu mengaktifkan penjejakan lokasi pada telefon anda (atau peranti lain) apabila anda mula-mula mendaftar produk terhubung anda (jika tidak, kami tidak akan dapat membuat sambungan dengannya). Kami perlu mengetahui lokasi anda supaya kami dapat memahami keadaan persekitaran di mana produk terhubung anda beroperasi. Ini dapat membantu kami mengoptimumkan prestasi produk terhubung.



    Dyson menggunakan perkhidmatan lokasi Android untuk ketersambungan bagi membolehkan pemasangan produk Dyson dengan Aplikasi Dyson Link melalui Bluetooth atau WiFi. Sila maklum bahawa Dyson tidak mengumpulkan sebarang data lokasi hasil daripada ketersambungan ini.

    Seterusnya, Light Cycle kami menggunakan perkhidmatan lokasi latar belakang untuk:

    Menerima pengemaskinian perisian produk
    • Untuk menyegerakkan waktu pada produk dengan waktu pada peranti mudah alih anda yang disambungkan
    • Untuk memuat dan mengubah mana-mana jadual, pilihan dan menetapkan perubahan untuk produk anda
    • Untuk mengekalkan profil cahaya yang sesuai berdasarkan lokasi cahaya anda


    Data lokasi Light Cycle diawanamakan dalam Dyson kerana data lokasi adalah berkaitan dengan produk, dan bukan pengguna. Sesetengah produk terhubung kami, atau ciri khusus produk terhubung kami, tidak dapat beroperasi dengan baik tanpa mengumpul maklumat tertentu. Sebagai contoh, Dyson 360 Eye perlu memetakan bilik di rumah anda supaya ia tahu arah yang perlu dituju.



    Maklumat daripada interaksi dalam talian anda


    Kami mengumpul dan menyimpan data peribadi terhad dan beberapa statistik agregat tanpa nama daripada semua pengunjung ke laman web kami dan pengguna aplikasi kami, sama ada anda memberikan kami maklumat tersebut secara aktif atau semata-mata hanya melayari laman web kami atau menggunakan aplikasi kami. Maklumat yang kami kumpulkan termasuk alamat protokol internet (IP) peranti yang anda gunakan, perisian pelayar yang anda gunakan, sistem pengendalian anda, tarikh dan masa akses, alamat internet laman web yang anda paut untuk ke laman web kami dan maklumat mengenai cara anda menggunakan laman web atau aplikasi kami.

    Kami menggunakan maklumat ini supaya kami dapat menentukan jika laman web dan aplikasi kami berfungsi dengan baik, cara ia digunakan dan kandungan yang kerap dilihat oleh pengguna.

    Kami juga mengumpul dan mengendalikan maklumat tentang cara anda melibatkan diri dengan kempen promosi dan pengiklanan dalam talian, di luar laman web kami sendiri (misalnya, di Google, YouTube dan di media sosial).

    Maklumat ini, lazimnya, dikumpulkan melalui penggunaan kuki dan teknologi serupa.



    Kuki


    Kami menggunakan kuki di laman web dan aplikasi kami. “Kuki” ialah fail teks kecil yang disimpan oleh laman web ke peranti anda melalui pelayar web anda. Kuki wujud sejak pertengahan tahun 1990-an dan merupakan salah satu teknologi yang paling banyak digunakan dalam internet.

    Sesetengah kuki yang kami gunakan di Dyson akan mengumpulkan data peribadi tentang anda. Apa-apa data peribadi yang dikumpul akan digunakan menurut dasar privasi ini. Dengan meneruskan penggunaan laman web dan aplikasi kami, anda bersetuju untuk kuki ditetapkan pada peranti anda.

    Untuk maklumat lanjut, termasuk jenis kuki yang kami gunakan dan cara menguruskan kuki yang digunakan dalam laman web kami, sila rujuk kepada dasar kuki kami. Sila ambil perhatian bahawa buat masa ini, kami tidak memberi respons kepada isyarat Jangan Jejak (“Do Not Track” atau DNT).



    Komunikasi E-mel


    Sebagai pengguna produk atau perkhidmatan kami, kami akan menghantar komunikasi sokongan melalui e-mel kepada anda. Selagi anda izinkan kami berbuat demikian, kami juga ingin memaklumkan kepada anda tentang apa-apa yang berlaku di Dyson yang kami fikir mungkin akan menarik minat anda; tidak kira pengumuman produk terbaru kami, tawaran pemilik atau acara akan datang, kami ingin memastikan anda gembira dengan komunikasi yang anda terima daripada kami. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang cara untuk mengemas kini atau menukar pilihan sama ada anda ingin mendapat pemakluman daripada kami, atau mahu kami berhenti menghubungi anda, di bahagian di bawah bertajuk ‘Bagaimana anda boleh menukar cara kami menghubungi anda?’

    Kami mengumpulkan maklumat tentang cara anda menggunakan e-mel kami; termasuk sama ada e-mel telah dihantar kepada anda, sama ada anda membukanya, sama ada anda memilih untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku di Dyson (contohnya dengan mengklik pautan dalam e-mel kami) dan jika anda meminta kami supaya tidak menghubungi anda lagi (dengan mengklik pada pilihan berhenti melanggan yang terdapat dalam semua komunikasi e-mel kami).

    Kami menggunakan maklumat itu secara berasingan dan secara bergabung dengan rekod pelanggan anda (maklumat yang anda kongsi dengan kami) untuk memastikan bahawa kami berhenti menghantar komunikasi sokongan atau pemasaran apabila anda meminta kami berbuat demikian. Kami juga menggunakannya untuk memastikan e-mel kami menarik buat anda dengan menyediakan kandungan dan pengalaman yang kami fikir akan menarik minat anda berdasarkan cara anda menggunakan e-mel terdahulu kami; anda berhak untuk membantah penggunaan maklumat anda untuk tujuan ini (lihat bahagian di bawah bertajuk 'Kawalan dan pilihan anda').



    Media Sosial


    Kami gemar berinteraksi dengan anda di media sosial. Anda boleh menggunakan media sosial untuk menghubungi kami mengenai produk Dyson anda, atau untuk memberitahu orang ramai tentang pendapat anda mengenai produk Dyson anda. Kami menyemak media sosial yang tersedia secara umum dan laman dalam talian untuk lebih memahami pendapat orang ramai tentang kami, dan produk, teknologi dan perkhidmatan kami dan untuk membantu pengguna yang lebih gemar menghubungi kami melalui media sosial.

    Maklumat yang kami kumpul daripada media sosial dan laman dalam talian, termasuk Facebook, YouTube, Twitter, Pinterest, Line dan Snapchat, kadang-kala termasuk data peribadi yang telah dimasukkan dalam talian dan tersedia secara umum. Kami memastikan sumber sebarang maklumat yang kami gunakan diberi penghargaan sewajarnya atau dibuat tanpa nama.

    Laman dalam talian dan media sosial ini biasanya mempunyai dasar privasi yang tersendiri yang menerangkan cara ia menggunakan dan berkongsi data peribadi anda. Anda harus menyemak dasar privasi tersebut dengan teliti sebelum anda menggunakan laman web berkenaan untuk memastikan anda berpuas hati dengan cara data peribadi anda dikumpulkan dan dikongsi.



    Maklumat yang kami kumpulkan di kedai, reruai dan acara kami


    Anda boleh berkongsi data peribadi dengan kami apabila anda melawat kami secara peribadi di kedai, reruai dan acara kami; seperti nama, butiran hubungan dan maklumat pembayaran anda (lihat bahagian di atas bertajuk “Maklumat yang anda kongsi dengan kami”).

    Kami juga akan mengumpulkan data peribadi tentang anda melalui penggunaan CCTV, penggambaran dan fotografi oleh kami. Kamera CCTV terutamanya digunakan untuk tujuan keselamatan; di beberapa kedai kami, ia juga akan membantu kami untuk mengukur tahap lalu lintas (iaitu, jumlah orang masuk ke dalam dan keluar dari kedai-kedai kami). Kami akan memfilemkan dan mengambil gambar di beberapa acara dan pameran kami (seperti, apabila kami membuka kedai baharu); kami menggunakan filem dan gambar untuk tujuan perniagaan kami (sebagai contoh, untuk disiarkan di halaman media sosial kami). Kami akan memaparkan notis di kedai, reruai dan acara kami yang menggunakan CCTV, atau di mana kami berhasrat untuk memfilemkan atau mengambil gambar, untuk memberitahu anda bahawa kami akan mengumpulkan data peribadi tentang anda.

    Jika anda mempunyai Wi-Fi atau Bluetooth yang didayakan pada telefon anda (atau peranti lain) apabila anda melawat kami di kedai, reruai dan acara kami, kami juga akan mengumpul data peribadi terhad dari peranti anda melalui suar yang dipasang di lokasi-lokasi ini. Suar ialah pemancar wayarles kecil yang disambungkan dengan peranti pintar berdekatan (cth. telefon pintar) melalui Bluetooth.



    Maklumat yang kami kumpulkan daripada pembekal data pihak ketiga


    Kami hanya mengumpul maklumat daripada pihak ketiga yang telah mendapatkan kebenaran anda untuk berkongsi data anda. Ini akan termasuk data demografi dan gaya hidup terkumpul yang memberikan pandangan tentang kemewahan relatif isi rumah di kawasan kejiranan anda, daripada penyedia data pihak ketiga yang membantu kami memberikan anda pengalaman pemilik yang lebih relevan dengan membolehkan kami menyediakan tawaran pada masa yang tepat, dan untuk memberi anda lebih banyak perkhidmatan dan nasihat yang relevan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Sebab utama kami untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda adalah untuk menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan, produk dan pengalaman yang anda jangkakan daripada kami.



    Maklumat yang anda kongsikan dengan kami


    Kami menggunakan data peribadi yang anda kongsi dengan kami, atau rakan runcit kami, dengan cara berikut:

    • Untuk menyediakan, mengurus dan menyelaras pembelian, penghantaran dan apa jua penjagaan produk yang diperlukan selepas jualan
    • Untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan dan permintaan anda;
    • Untuk berkomunikasi dengan anda;
    • Untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan untuk produk kami;
    • Untuk tinjauan kepuasan pelanggan bagi membolehkan kami mengenal pasti di mana penambahbaikan perkhidmatan dan produk boleh dibuat dan untuk membolehkan kami meningkatkan pengalaman anda sekiranya anda memerlukan sokongan daripada salah seorang pakar kami;
    • Untuk memberikan maklumat terkini kepada anda tentang apa-apa perubahan kepada dasar, terma dan syarat Dyson dan apa-apa perkara lain yang mungkin perlu kami maklumkan kepada anda;
    • Untuk memberitahu anda tentang produk dan perkhidmatan kami yang lain, selagi anda izinkan kami berbuat demikian;
    • Untuk memberikan anda kemas kini perkhidmatan penting tentang produk Dyson anda; dan
    • Untuk memperibadikan dan meningkatkan cara anda berbelanja dengan kami pada masa akan datang; contohnya, dengan memaparkan produk dan tawaran yang kami fikir anda mungkin suka, sama ada di laman web dan aplikasi kami atau di laman web pihak ketiga tertentu (termasuk di platform media sosial);
    • Untuk mendokumen, memantau dan merekod kitaran hayat produk kami, termasuk pengurusan stok produk Dyson.


    Maklumat daripada produk Dyson


    Kami menggunakan data peribadi yang kami kumpul daripada produk Dyson, secara berasingan dan secara bergabung dengan data peribadi lain yang kami kumpulkan tentang anda, dengan cara berikut:

    • Untuk memantau prestasi dan kestabilan produk kami supaya kami dapat mengoptimumkan prestasi produk dan pengalaman anda menggunakannya; khususnya, kami ingin dapat mengenal pasti apabila mungkin terdapat isu dengan produk anda supaya kami boleh memberitahu anda mengenainya secepat mungkin (dan kemungkinan sebelum masalah itu timbul);
    • Untuk memantau penggunaan produk terhubung kami supaya kami dapat mengoptimumkan prestasi produk dan pengalaman anda menggunakannya;
    • Untuk menyediakan kemas kini dan perkhidmatan bagi produk terhubung kami (yang termasuk kemas kini dan naik taraf perisian dalam produk dan aplikasi yang menyambung kepada produk); dan;
    • Untuk meningkatkan produk, teknologi dan perkhidmatan kami secara am;
    • Untuk memberikan pengalaman pemilik yang lebih baik melalui teknologi baharu seperti aplikasi mudah alih kami.

    Kami juga ingin memantau penggunaan produk terhubung kami oleh anda, supaya kami boleh:

    • Memperibadikan dan meningkatkan cara kami berhubung dengan anda pada masa akan datang (sebagai contoh, dengan memaparkan produk dan tawaran dalam talian yang kami fikir anda mungkin suka); dan
    • (selagi anda izinkan kami berbuat demikian) menghantar lebih banyak komunikasi pemasaran yang relevan dan menarik.

    Anda berhak untuk membantah pemantauan kami terhadap penggunaan produk terhubung dan aplikasi kami untuk tujuan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menggunakan hak anda untuk membantah, lihat bahagian di bawah bertajuk ‘Kawalan dan pilihan anda’.



    Maklumat daripada interaksi dalam talian anda


    Kami menggunakan data peribadi daripada interaksi dalam talian anda, secara berasingan dan secara bergabung dengan data peribadi lain yang kami kumpulkan tentang anda untuk mengenal pasti mana-mana bahagian laman web atau aplikasi kami yang tidak berfungsi dengan baik dan seperti yang sepatutnya – supaya kami dapat memperbaikinya dan menjadikan laman web dan aplikasi kami lebih baik untuk anda dan pengguna lain;

    Kami juga ingin dapat memantau penggunaan laman web dan aplikasi kami, dan cara anda terlibat dengan kempen promosi dan pengiklanan dalam talian kami, supaya kami dapat:

    • Memperibadikan dan meningkatkan cara anda membeli-belah dengan kami pada masa akan datang (sebagai contoh, dengan memaparkan produk dan tawaran dalam talian yang kami fikir anda mungkin suka); dan
    • (selagi anda izinkan kami berbuat demikian) menghantar lebih banyak komunikasi pemasaran yang relevan dan menarik;
    • Mengesan dan mencegah penipuan;
    • Memastikan laman web, aplikasi, produk dan sistem IT kami selamat;
    • Menghasilkan analisis, profil pengguna, laporan dan iklan yang tersasar;
    • Untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan dalam talian melalui perkhidmatan bualan web boleh guna di laman web kami.

    Dyson tidak mengambil apa-apa keputusan yang melibatkan penggunaan algoritma atau profil yang menjejaskan anda dengan ketara.

    Anda berhak untuk membantah pemantauan penggunaan laman web dan aplikasi kami, dan bagaimana anda melibatkan diri dengan kempen promosi dan pengiklanan dalam talian kami untuk tujuan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menggunakan hak anda untuk membantah, lihat bahagian di bawah bertajuk ‘Kawalan dan pilihan anda’.



    Maklumat daripada interaksi peribadi anda


    Apabila anda melawat kedai Dyson, atau reruai Dyson di dalam kedai peruncit lain, kadang-kala kami perlu memproses data peribadi anda untuk:

    • Memberi maklum balas kepada pertanyaan;
    • Menyediakan sokongan untuk produk anda yang sedia ada;
    • Memaklumkan anda apabila stok produk atau model akan sampai;
    • Memesan, memproses pembayaran, dan menyelaraskan penyerahan produk baharu.

    Untuk mempromosikan produk kami, kami sering mengadakan acara Dyson di pelbagai tempat, seperti kedai Dyson atau di kedai peruncit lain. Dengan menghadiri acara ini, data peribadi anda mungkin direkodkan:

    • Sebagai sebahagian daripada gambar atau penggambaran untuk media sosial, media promosi atau tujuan pengarkiban;
    • Oleh pakar dan jurugaya kami, dengan kebenaran anda, untuk berkongsi di media sosial atau bahan promosi;
    • Untuk membuat temu janji dengan salah seorang pakar kami.


    Sokongan pemilik


    Dari masa ke masa, kami menggunakan data peribadi anda untuk membantu anda menggunakan produk Dyson yang anda miliki. Kami melakukan ini dalam pelbagai cara, termasuk e-mel, pos, SMS, telefon dan pemberitahuan tolak dalam aplikasi (“in-app push notification”).

    Sebagai pengguna produk atau perkhidmatan kami, anda akan menerima komunikasi sokongan yang berikut daripada kami:

    • Maklumat berguna tentang produk Dyson anda atau perkhidmatan Dyson yang anda gunakan;
    • Peringatan tentang cara menjalankan penyelenggaraan pada produk Dyson anda untuk mendapatkan prestasi optimum;
    • Pemakluman untuk aplikasi atau pembaharuan perisian atau peningkatan yang disyorkan yang kami fikir akan meningkatkan prestasi produk anda;
    • Maklumat tentang cara dan tempat untuk mendapatkan bantuan daripada pakar Dyson sekiranya anda memerlukan sokongan;
    • Maklumat tentang jaminan Dyson anda;
    • Pemakluman tentang sebarang pengumuman penting berkenaan keselamatan atau penarikan balik produk; dan
    • Permintaan untuk maklum balas anda tentang prestasi kami selepas anda menggunakan produk atau perkhidmatan Dyson;
    • Menghantar undangan ke acara Dyson yang mungkin menarik minat anda.

    Kami akan menghantar kepada anda komunikasi sokongan melainkan anda mengubah pilihan anda, atau memberitahu kami bahawa anda ingin berhenti menerima komunikasi sokongan daripada kami. Sila lihat bahagian di bawah tentang cara untuk melakukan ini.

    Jika butiran anda berubah, sila beritahu kami supaya kita boleh terus berhubung.



    Kemungkinan penggunaan lain terhadap data peribadi anda


    Kami menggunakan data peribadi anda:

    • Untuk membantu dalam apa-apa pertikaian, tuntutan atau siasatan yang berkaitan dengan produk Dyson anda atau perkara-perkara berkaitan jaminan;
    • Untuk mengesan dan mencegah transaksi palsu;
    • Untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami dan;
    • Untuk analisis profil dan statistik. Sebagai sebahagian daripada aktiviti ini, kami menggabungkan pelbagai kategori data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda. Contohnya, kami menggabungkan data peribadi daripada interaksi dalam talian anda, maklumat yang anda kongsi dengan kami, atau maklumat daripada produk Dyson, untuk analisis profil dan statistik populariti produk, tingkah laku anda apabila anda menggunakan laman web atau aplikasi kami atau cara produk kami digunakan.
      Tujuan-tujuan lain termasuk:
      • Untuk memastikan proses, prosedur dan sistem kami efisien sebaik mungkin;
      • Untuk menganalisis dan meningkatkan maklumat yang kami kumpulkan;
      • Untuk menentukan keberkesanan kempen promosi dan pengiklanan promosi kami; dan
      • Untuk memperibadikan dan meningkatkan cara anda membeli-belah dan melibatkan diri dengan kami pada masa akan datang.

    Anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi dengan cara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menggunakan hak anda untuk membantah, lihat bahagian di bawah bertajuk ‘Kawalan dan pilihan anda’.



    Apakah justifikasi kami untuk mengendalikan data peribadi anda dengan cara ini?


    Undang-undang perlindungan data dan undang-undang privasi di sesetengah negara menghendaki kami mempunyai apa yang disebut “alasan sah dari segi undang-undang” atau “asas sah dari segi undang-undang” untuk mengendalikan data peribadi. Secara umum, ia bermakna kami perlu ada justifikasi undang-undang untuk mengendalikan data peribadi anda. Secara lazimnya, kami perlu mengendalikan data peribadi anda untuk membolehkan:

    • kami memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta; dan
    • produk, laman web dan aplikasi kami berfungsi dengan baik dan melakukan semua perkara yang anda jangkakan.

    Kadang-kala, penggunaan data peribadi anda tidak semata-mata diperlukan untuk membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan, atau untuk ia berfungsi dengan baik. Dalam keadaan tersebut, kami mempunyai apa yang disebut “kepentingan sah” dalam mengendalikan data peribadi anda; “kepentingan sah” kami mungkin untuk:

    • mengesan dan mencegah penipuan;
    • memastikan laman web, aplikasi, produk dan sistem IT kami selamat;
    • memastikan proses, prosedur dan sistem kami efisien sebaik mungkin;
    • menganalisis dan meningkatkan maklumat yang kami kumpulkan;
    • menentukan keberkesanan kempen promosi dan pengiklanan kami; dan
    • memperibadikan dan meningkatkan cara anda membeli-belah dan melibatkan diri dengan kami pada masa akan datang.

    Akan ada data peribadi tertentu yang anda kongsi dengan kami yang kami tentukan sebagai pilihan (contohnya, apabila anda mengemas kini maklumat akaun anda). Kami akan menerangkan cara kami menggunakan maklumat tersebut dan jika anda memilih untuk memberikannya kepada kami, anda bersetuju untuk kami menggunakan maklumat anda dengan cara itu. Anda boleh meminta kami memadamkan maklumat tersebut pada bila-bila masa dengan menghubungi khidmat pelanggan Dyson atau dengan menghantar e-mel kepada pasukan privasi global kami di privacy@dyson.com.

    Akhir sekali, dalam sesetengah keadaan yang agak terhad kami perlu mengendalikan data peribadi anda dengan cara tertentu untuk membolehkan kami mematuhi kewajipan undang-undang kami; sebagai contoh, jika kami diminta untuk mendedahkan data peribadi anda kepada badan kawal selia atau pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.

    Pada dasarnya, kami mengendalikan data peribadi anda dengan cara yang kami lakukan adalah supaya kami dapat secara langsung atau tidak langsung, meningkatkan produk, perkhidmatan dan pengalaman keseluruhan Dyson anda sebagai sebuah perniagaan. Walau apa pun justifikasi kami untuk mengendalikan data peribadi anda (sama ada ia perlu bagi kami untuk memberi anda produk tertentu, ataupun kami mempunyai “kepentingan sah” melakukannya), kami memastikan bahawa kami mengambil langkah sewajarnya untuk menghormati komitmen kami dalam melindungi privasi anda.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Pelawat ke premis Dyson

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Untuk memastikan bahawa kami mematuhi keperluan sekuriti, kesihatan dan keselamatan kami, dan keperluan kawalan kebakaran, kami perlu memproses data peribadi semua pengunjung ke premis kami.

    Tahap data peribadi yang diperlukan mungkin berbeza mengikut keperluan negara setempat, tetapi secara umumnya kami akan diminta untuk memproses data berikut:

    • Nama;
    • Butiran hubungan;
    • Tandatangan;
    • Jika diperlukan, dokumentasi pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan (cth. kad pengenalan, pasport, lesen memandu); dan
    • Jika diperlukan, gambar.

    Kami menggunakan data peribadi anda dengan cara berikut:

    • Untuk menguruskan akses pengunjung dan pemberitahuan ketibaan;
    • Untuk memastikan akses sekuriti yang sewajarnya disediakan;
    • Untuk merekod jumlah pengunjung di premis bagi tujuan kesihatan dan keselamatan dan kawalan kebakaran;
    • Jika berkenaan, untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan atau diminta (cth. sokongan produk di premis); dan
    • Di mana perlu, untuk menyelesaikan perjanjian pendedahan (“non-disclosure agreement”) atau dokumentasi undang-undang lain yang berkaitan.
    Baca seterusnya Baca kurang
  • Pembekal, Akhbar dan Media, Duta, Pempengaruh, dan data peribadi Pihak Ketiga yang lain

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Data peribadi yang akan kami proses termasuk:

    • Butiran hubungan;
    • Maklumat pembayaran dan terma; dan
    • Rujukan dan/atau maklumat latar belakang

    Kami menggunakan data peribadi anda dengan cara berikut:

    • Untuk membolehkan Dyson bekerjasama dengan anda dan menggunakan perkhidmatan anda;
    • Untuk memantau penggunaan sebarang data atau aset Dyson oleh anda;
    • Untuk dapat memproses dan memenuhi pampasan yang dipersetujui untuk perkhidmatan anda; dan
    • Untuk melengkapkan proses ketekunan wajar yang diperlukan.
    Baca seterusnya Baca kurang
  • Janji hubungan Dyson

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami ingin memastikan anda mendapat maklumat terkini, sama ada berkaitan pengumuman produk terbaru kami, tawaran pemilik, peluang untuk menguji produk baharu Dyson, atau acara-acara akan datang. Kadang-kadang kami juga akan menyampaikan kepada anda berita mengenai James Dyson Foundation dan James Dyson Award.

    Kami melakukan ini dalam pelbagai cara, termasuk pemberitahuan e-mel, pos, SMS, pemberitahuan tolak dalam aplikasi (“in-app push notification”), melalui platform media sosial dan telefon, tetapi hanya jika anda benarkan kami berbuat demikian. Yang penting, kami ingin memastikan anda gembira dengan komunikasi yang anda terima daripada kami.

    Maka, kami berjanji untuk:

    • Hanya menghantar komunikasi pemasaran (yang merangkumi maklumat mengenai James Dyson Foundation dan James Dyson Award) apabila kami telah mendapat persetujuan daripada anda untuk berbuat demikian;
    • Hanya membenarkan syarikat Kumpulan Dyson lain menghantar kepada anda komunikasi pemasaran jika anda telah mengizinkan kami berbuat demikian;
    • Tidak menyerahkan data peribadi anda kepada sesiapa sahaja di luar Kumpulan Dyson untuk digunakan bagi tujuan pemasaran mereka sendiri; dan
    • Memberi anda pilihan untuk berhenti menerima sokongan atau komunikasi pemasaran pada bila-bila masa.
    Baca seterusnya Baca kurang
  • Bagaimanakah anda boleh menukar cara kami menghubungi anda tentang produk, perkhidmatan dan sokongan kami?

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami hanya akan menghantar komunikasi pemasaran kepada anda apabila anda telah memaklumkan kepada kami bahawa anda bersetuju untuk kami berbuat demikian.



    Menukar pilihan anda


    Jika anda sebelum ini mengatakan bahawa anda ingin kami menghubungi anda (“pilih masuk”) tetapi ingin mengubah atau mengemas kini cara kami melakukannya, anda boleh mengemas kini pilihan anda dengan:

    • Menghubungi khidmat pelanggan Dyson dan menyatakan bahawa anda ingin mengubah atau mengemaskini cara kami menghubungi anda; atau
    • Melawat laman web kami dan log masuk ke akaun anda untuk menukar pilihan dan maklumat anda.
    Baca seterusnya Baca kurang
  • Apakah jenis data peribadi yang Dyson kongsikan dengan pihak ketiga?

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Yang paling penting, kami tidak akan menjual data peribadi anda kepada sesiapa dan hanya berkongsi mengikut apa yang digariskan dalam dasar privasi ini atau apabila anda meminta kami berbuat demikian.



    Perkongsian dalam Kumpulan Dyson


    Kebanyakan proses, prosedur dan sistem Dyson dikongsi merentas Kumpulan Dyson. Ini bermakna kami perlu berkongsi data peribadi anda sesama kami. Kami memastikan bahawa akses kepada data peribadi anda terbatas kepada kakitangan kami yang memerlukannya, dan semua kakitangan memahami cara dan sebab kami melindungi data peribadi anda. Pemindahan data peribadi antara entiti Dyson (termasuk yang di luar EEA) diurus tadbir oleh Perjanjian Antara Syarikat Dyson.



    Penyedia perkhidmatan pihak ketiga


    Kami berkongsi data peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga tertentu. Mereka hanya mendapat akses kepada data peribadi yang mereka perlukan untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, butiran pesanan dan penghantaran anda akan dikongsi dengan kurier kami. Mereka dikehendaki menyimpan data peribadi anda secara sulit dan tidak boleh menggunakannya selain daripada yang kami minta mereka lakukan dan hanya dengan sentiasa menurut dasar privasi ini. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga tersebut termasuk kategori berikut:

    • Pengedar tertentu, yang membantu kami menjual produk kami di negara-negara tertentu;
    • Mereka yang membantu kami menghantar produk kepada anda;
    • Pihak ketiga yang membantu kami dengan perkhidmatan mel, perkhidmatan dan pembaikan produk, pemprosesan pembelian produk, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan audit, perkhidmatan pentadbiran, teknologi IT (cth. penyimpanan data), perkhidmatan keselamatan dan tuntutan insurans; dan
    • Pihak ketiga yang membantu kami menyediakan perkhidmatan dan maklum balas kepada anda.


    Pihak ketiga yang membantu kami dalam pengiklanan dan pemasaran kami


    Kami ingin memastikan pengiklanan dan pemasaran kami relevan dan menarik untuk anda dan pelanggan kami yang lain. Ini bermakna kami bekerjasama dengan pihak ketiga untuk membantu kami memahami sejauh mana keberkesanan pengiklanan dalam talian kami, atau untuk menjangkau orang yang lebih berminat dengan produk Dyson. Mereka melakukan ini dengan menetapkan kuki di laman web kami (maklumat lanjut tentang ini boleh didapati dalam dasar kuki kami).


    Kami juga akan berkongsi data peribadi terhad (seperti nama dan butiran hubungan) dengan:

    • platform media sosial (seperti Facebook), yang menyiarkan pengiklanan kami di platform mereka dan
    • penyedia data pihak ketiga dan syarikat analisis, yang melakukan pemadanan data dan/atau analisis data bagi pihak kami.


    Pihak ketiga lain


    Kami berkongsi data peribadi tertentu dengan pihak ketiga yang membantu kami untuk mengesan dan mencegah transaksi palsu. Maklumat yang kami kongsi dengan pihak ketiga ini termasuk beberapa maklumat yang anda kongsikan dengan kami (seperti, butiran hubungan anda dan maklumat tentang urus niaga), dan beberapa maklumat daripada interaksi dalam talian anda (seperti alamat IP peranti anda). Maklumat tersebut digunakan untuk menentukan sama ada urus niaga berkemungkinan palsu. Salah satu pihak ketiga yang kami gunakan untuk membantu kami mengesan dan mencegah transaksi palsu ialah sebuah syarikat yang dipanggil Riskified; mereka bertanggungjawab atas penggunaan mereka terhadap data peribadi anda dan akan menggunakannya untuk tujuan yang ditetapkan dalam dasar privasi mereka.

    Kami juga akan berkongsi data peribadi anda jika kami dikehendaki berbuat demikian dari segi undang-undang, termasuk sebagai respons terhadap proses perundangan, seperti perintah mahkamah atau sepina, atau untuk mematuhi undang-undang persekutuan, negeri, wilayah atau tempatan yang lain.

    Jika anda ingin maklumat lanjut tentang cara kami berkongsi data peribadi anda, sila e-mel Pasukan Privasi kami di privacy@dyson.com.



    Interaksi produk terhubung dengan produk pihak ketiga


    Kami telah menambah fungsi kepada beberapa produk terhubung kami yang membolehkan produk Dyson anda berinteraksi dengan produk pihak ketiga tertentu yang anda miliki di rumah anda (seperti Amazon Echo, yang juga dikenali sebagai Alexa). Fungsi ini membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya persekitaran ‘rumah pintar’. Walau bagaimanapun, produk hanya akan berinteraksi jika anda menetapkannya berbuat demikian, dengan mengaktifkan fungsi yang berkaitan.

    Sekiranya anda memilih untuk membenarkan produk terhubung Dyson anda berinteraksi dengan produk pihak ketiga, maklumat tertentu (termasuk data yang mungkin berbentuk peribadi) perlu dikongsi dengan produk pihak ketiga dan pembekal pihak ketiga yang berkaitan. Secara amnya, kami perlu berkongsi nombor rujukan unik untuk menyambung kedua-dua produk, dan maklumat tentang produk anda dan cara anda menggunakannya. Kami hanya berkongsi data peribadi yang minimum yang kami perlukan, untuk membolehkan kedua-dua produk berinteraksi. Butiran cara pihak ketiga menggunakan data peribadi anda (serta sebarang data peribadi yang dikumpulkan oleh pihak ketiga tersebut melalui produknya sendiri) terdapat dalam dasar privasi pihak ketiga tersebut. Anda hendaklah menyemak dasar privasi pihak ketiga dengan teliti sebelum menggunakan produk mereka, dan sebelum menyambungkannya dengan produk terhubung Dyson anda. Anda boleh menghentikan produk terhubung Dyson anda daripada berkongsi maklumat dengan produk pihak ketiga dengan menyahdayakan sambungan antara kedua-duanya.

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yang dikongsi oleh produk terhubung Dyson anda dengan produk pihak ketiga, sila hubungi pasukan privasi kami di privacy@dyson.com.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Pautan ke laman web pihak ketiga

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami menyediakan pautan ke laman web lain yang tidak dikendali dan dikawal oleh Dyson. Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman web tersebut atau cara pihak ketiga yang bertanggungjawab ke atas laman web ini mengumpul dan menggunakan data peribadi anda. Kami tidak menyokong atau membuat apa-apa representasi mengenai laman web pihak ketiga.

    Laman web pihak ketiga biasanya mempunyai dasar privasinya sendiri yang menerangkan cara data peribadi anda diguna dan dikongsikan. Anda perlu menyemak dasar privasi tersebut dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan laman web ini untuk memastikan anda berpuas hati dengan cara data peribadi anda dikumpulkan dan dikongsi.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda?

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami hanya menyimpan data peribadi anda selagi kami perlu, untuk dapat menggunakannya atas sebab-sebab yang diberikan dalam dasar privasi ini, dan selagi kami dikehendaki menyimpannya menurut undang-undang. Tempoh sebenar data peribadi anda disimpan akan berbeza bergantung pada jenis data peribadi dan cara ia digunakan. Sebagai contoh, apabila Dyson 360 Eye memeta bilik di rumah anda, peta itu hanya akan disimpan untuk tempoh masa yang singkat; manakala apabila anda membeli produk daripada kami, kami akan menyimpan maklumat tentang anda dan pembelian anda sekurang-kurangnya mengikut tempoh waranti atau jaminan anda.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Kawalan dan pilihan anda

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Di mana mungkin, kami memberi anda kawalan ke atas data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda, untuk memastikan ia tepat dan mencerminkan keutamaan anda. Anda mempunyai hak untuk mengakses, mengemas kini dan meminda data peribadi yang kami simpan tentang anda; anda boleh berbuat demikian itu berhubung dengan beberapa data peribadi anda dalam akaun anda. Sekiranya anda ingin menukar cara kami menghubungi anda, lihat bahagian di atas yang bertajuk ‘Bagaimana anda boleh mengubah cara kami menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan sokongan kami?’

    Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh:

    • Membantah penggunaan kami terhadap data peribadi anda untuk tujuan tertentu;
    • Meminta kami untuk mengehadkan atau membataskan penggunaan kami terhadap data peribadi anda;
    • Meminta kami membetulkan, mengeluarkan atau memadam data peribadi tentang anda; atau
    • Meminta kami memberikan data peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

    Sila ambil perhatian bahawa hak-hak tersebut tidak selalu terpakai dan terdapat pengecualian tertentu. Kami juga perlu mengesahkan identiti sebelum bertindak terhadap permintaan tertentu.

    Sekiranya undang-undang di negara anda membenarkan kami mengenakan bayaran untuk memberikan anda akses kepada data peribadi anda, atau untuk melaksanakan mana-mana hak anda yang lain berhubung dengan data peribadi anda, kami akan memaklumkan anda. Anda tidak akan didiskriminasi kerana melaksanakan mana-mana hak yang terpakai kepada anda.

    Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda berhubung dengan data peribadi anda, sila e-mel privacy@dyson.com atau hubungi pusat Dyson tempatan anda yang terdapat dalam halaman Hubungan. Kami mungkin meminta anda memberikan maklumat lanjut berkaitan dengan permintaan anda.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Bagaimanakah kami melindungi data peribadi anda?

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Kami menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai, termasuk penyulitan, untuk melindungi data peribadi dan privasi anda, dan menyemaknya semula secara teratur. Kami melindungi data peribadi anda menggunakan gabungan kawalan keselamatan fizikal dan IT, termasuk kawalan akses yang menyekat dan menguruskan cara data dan data peribadi anda diproses, diurus dan dikendalikan. Kami juga memastikan kakitangan kami terlatih secukupnya untuk melindungi data peribadi anda. Prosedur kami bermakna ada kalanya kami meminta bukti identiti sebelum kami berkongsi data peribadi anda dengan anda.

    Walaupun kemungkinan berlakunya pelanggaran keselamatan yang menjejaskan perlindungan data peribadi anda sangat tipis, sekiranya ia terjadi dan kami perlu memaklumkan anda mengenainya, kami pasti akan berbuat demikian.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Pemindahan data, penyimpanan dan pengendalian global data peribadi anda

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Syarikat atau syarikat-syarikat kumpulan Dyson yang berkaitan akan mengumpulkan data peribadi daripada anda di negara kediaman anda . Kami, dan pihak ketiga yang kami kongsikan data peribadi anda, kemudian menyimpan, mengekalkan dan selainnya mengendalikan maklumat tersebut di UK, di negara-negara di dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau di mana-mana negara di luar EEA, termasuk yang tersenarai dalam Hubungan.

    Kami akan memastikan bahawa sebarang pemindahan data peribadi anda dari satu negara kepada yang lain mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi yang dikenakan ke atas kami. Undang-undang perlindungan data Eropah, khususnya, merangkumi peraturan khusus untuk memindahkan data peribadi di luar EEA. Pemindahan data peribadi antara entiti Dyson (termasuk yang di luar EEA) diurus tadbir oleh Perjanjian Antara Syarikat Dyson.

    Apabila memindahkan data peribadi di luar EEA, kami akan:

    • memasukkan klausa perlindungan data standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah untuk memindahkan data peribadi di luar EEA ke dalam kontrak kami dengan pihak ketiga tersebut (ini adalah klausa yang diluluskan di bawah Perkara 46.2 Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR)); atau
    • memastikan bahawa negara tempat data peribadi anda akan dikendalikan telah dianggap “memadai” oleh Suruhanjaya Eropah di bawah Perkara 45 GDPR.

    Dalam apa-apa hal sekali pun, pemindahan, penyimpanan dan pengendalian data peribadi anda akan terus diurus tadbir oleh dasar privasi ini. Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai pengendalian global data peribadi anda, sila hubungi kami di privacy@dyson.com.

    Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang peraturan mengenai pemindahan data di luar EEA, termasuk mekanisme yang kami gunakan sebagai panduan, di laman web Suruhanjaya Eropah di sini.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Kanak-kanak

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Laman web, aplikasi dan produk Dyson tidak ditujukan kepada kanak-kanak.

    Jika kami dengan sengaja mengumpul dan memproses data kanak-kanak, maklumat yang sewajarnya mengenai pemprosesan tersebut akan disediakan pada waktu pengumpulan. Persetujuan ibu bapa, dan atau penjaga sah, untuk data ini akan dikumpulkan pada masa pengumpulan data, apabila diperlukan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Kerjaya Dyson

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Laman web kerjaya Dyson menggunakan data peribadi anda untuk memberi anda maklumat atau perkhidmatan yang anda minta termasuk menyokong permohonan pekerjaan anda di Dyson. Untuk maklumat lanjut mengenai cara kami menggunakan data peribadi anda apabila menggunakan laman web kerjaya Dyson sila rujuk https://careers.dyson.com/standalone/privacy.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Perubahan kepada dasar privasi ini

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami akan menyemak dan mengemas kini dasar privasi ini sekurang-kurangnya sekali setahun dan akan mencatatkan tarikh kemas kini terakhir di bawah.

    Jika kami mengubah dasar privasi kami, kami akan menyiarkan butiran perubahan di bawah. Jika kami mempunyai alamat e-mel anda, kami juga mungkin memaklumkan anda tentang perubahan tersebut melalui e-mel. Jika perlu, kami juga akan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda menyambut baik perubahan tersebut.

    Dasar privasi ini terakhir disemak dan dikemas kini pada bulan November 2019.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Perubahan dasar privasi ini yang terdahulu

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    November 2019

    Kami mengemas kini Dasar Privasi Global kami untuk memberikan kejelasan lanjut dan menambah aktiviti pemprosesan yang berkaitan dengan data peribadi pengunjung dan pihak ketiga.


    Mac 2018

    Kami mengemas kini Dasar Privasi Global kami untuk mematuhi keperluan undang-undang perlindungan data Eropah baharu (khususnya, Peraturan Perlindungan Data Am).


    November 2017

    Kami telah mengemas kini Dasar Privasi Global kami untuk menerangkan cara kami menggunakan data peribadi anda untuk mengesan dan mencegah penipuan dan untuk menerangkan, dengan lebih terperinci, cara kami menggunakan maklumat tentang cara anda berinteraksi diri dengan e-mel kami, maklumat daripada produk terhubung dan aplikasi Dyson, dan maklumat daripada interaksi dalam talian anda.


    Jun 2017

    Kami telah menambah fungsi kepada beberapa produk terhubung kami yang membolehkan produk Dyson anda berinteraksi dengan produk pihak ketiga tertentu yang mungkin anda miliki di rumah anda (seperti Amazon Echo, yang juga dikenali sebagai Alexa).


    Mei 2017

    Pindaan kecil kepada Dasar Privasi Global menjelaskan proses hak mengakses dan perkongsian data dengan pihak ketiga.


    Ogos 2016

    Pindaan kecil kepada Portal Privasi Global menjelaskan rakan kongsi Dyson dan pemasaran melalui platform sosial.


    Mac 2016

    Pelancaran Portal Privasi Global.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Terjemahan dasar privasi ini

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Dasar privasi ini telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke bahasa rasmi pelbagai negara. Kami telah melakukan ini untuk memastikan dasar ini jelas dan boleh diakses oleh semua pengguna laman web, aplikasi dan produk terhubung kami.

    Jika terdapat sebarang konflik atau ketakkonsistenan di antara versi terjemahan dasar privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan dikekalkan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Hubungi kami

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Jika anda ingin menerima maklumat ini dalam format lain atau mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau kebimbangan mengenai cara kami menggunakan data peribadi yang kami simpan tentang anda, sila hubungi Pasukan Privasi Global kami.

    Anda juga boleh menghubungi pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkaitan di negara anda yang bertanggungjawab mengendalikan aduan mengenai penggunaan data peribadi.

    Anda boleh menghubungi Pasukan Privasi Global kami pada bila-bila masa melalui e-mel di privacy@dyson.com atau menghantar surat kepada:
    C/O The Privacy Team,
    Dyson,
    Tetbury Hill,
    Malmesbury,
    Wiltshire,
    SN16 0RP

    Kami akan menghubungi anda kembali secepat mungkin.

    Baca seterusnya Baca kurang