Dasar Kuki Global

November 2019

Pengenalan

Seperti kebanyakan laman web, laman web Dyson menggunakan kuki. “Kuki” ialah fail teks kecil yang disimpan oleh laman web ke peranti anda melalui pelayar web anda. Kuki wujud sejak pertengahan tahun 1990-an dan merupakan salah satu teknologi yang paling banyak digunakan dalam internet. Banyak fungsi laman web penting bergantung pada kuki. Sebagai contoh, anda tidak boleh membeli-belah dalam talian tanpa kuki kerana ia digunakan untuk mengingati item yang anda masukkan ke dalam troli membeli-belah anda.

Beberapa kuki yang kami gunakan di Dyson akan mengumpulkan maklumat peribadi tentang anda. Sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan akan digunakan menurut dasar privasi kami. Kuki wujud untuk membolehkan laman web kami berfungsi, dan untuk membantu kami memahami maklumat yang paling berguna kepada pengunjung laman web kami.

Prinsip Kuki

Dasar kuki ini menerangkan cara Dyson menggunakan kuki di semua laman webnya di seluruh dunia. Dalam dasar kuki ini, apabila kami merujuk kepada “Dyson”, “kita”, “kami” atau “milik kami”, kami maksudkan syarikat atau syarikat-syarikat kumpulan Dyson yang menyediakan laman web tertentu kepada anda.


Perakuan anda

Dengan meneruskan penggunaan laman web kami, anda bersetuju bahawa kuki akan ditetapkan pada peranti anda, seperti yang digariskan dalam dasar kuki ini.

Buka untuk membaca dasar cookies Dyson lengkap

Ditweet dasar cookies

  • Bagaimana kami menggunakan kuki

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Banyak kuki di laman web kami melaksanakan fungsi penting dan membolehkan anda melayari dan menggunakan ciri-ciri laman web kami; sebagai contoh, apabila anda log masuk ke akaun Dyson anda, ia mengingati maklumat dalam akaun anda. Kami merujuk kepada kuki-kuki ini dalam dasar ini sebagai “Kuki Yang Benar-benar Perlu”.

    Kuki lain tidak penting tetapi ia membantu kami memahami cara laman web kami digunakan oleh pengunjung, supaya kami boleh memperbaiki perkhidmatan dalam talian kami. Kami menggunakan alat Analisis Web untuk ini. Ia menganalisis perkara-perkara seperti tempoh yang diambil oleh laman web kami untuk dimuat naik, cara ia digunakan, dan maklumat yang paling kerap dilihat oleh pengunjung ke laman web kami. Ini membantu kami memperbaiki cara laman web kami berfungsi, contohnya, dengan memastikan anda menjumpai apa yang anda cari dengan mudah. Ia juga membantu mengenal pasti mana-mana bahagian laman web kami yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya - supaya kami boleh membetulkannya dan menjadikan laman web kami lebih baik untuk anda dan pengguna lain. Kami merujuk kepada kuki-kuki ini dalam dasar ini sebagai “Kuki Analisis”.

    Kuki tambahan membolehkan laman web kami mengenali anda apabila anda kembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami mengingati pilihan yang anda buat (seperti nama pengguna anda, bahasa atau rantau yang anda diami) dan menyediakan ciri-ciri peribadi yang lebih baik dan yang dipertingkat. Kami merujuk kepada kuki ini dalam dasar ini sebagai “Kuki Fungsian”.

    Jenis kuki yang lain membolehkan kami mengetahui sejauh mana pengiklanan dalam talian kami berkesan dan di mana kami harus meletakkan iklan dalam talian kami. Kuki ini memberitahu kami jika salah satu iklan kami di laman web lain seperti Google atau Yahoo telah menghantar pengunjung ke laman web Dyson.

    Jenis kuki ini juga membantu kami menjangkau orang yang lebih berminat dengan produk Dyson. Jadi, jika anda melawat laman web Dyson anda boleh melihat iklan kami di laman web lain. Ini dikenali sebagai pemasaran semula atau pengiklanan tingkah laku dan digunakan untuk menjadikan iklan kami lebih relevan dengan minat anda. Kami merujuk kepada kuki-kuki ini dalam dasar ini sebagai “Kuki Mensasar”.

    Kami juga menggabungkan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dengan mana-mana rekod yang kami miliki berkaitan anda sebagai pelanggan Dyson. Sebagai contoh, kami menggabungkan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dengan maklumat peribadi yang anda kongsi dengan kami, atau maklumat daripada produk Dyson, untuk analisis profil dan statistik mengenai populariti produk, tingkah laku anda apabila anda menggunakan laman web Dyson atau cara produk Dyson digunakan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Jenis-jenis kuki yang digunakan oleh Dyson

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Terdapat dua kategori umum kuki: kuki pihak pertama (yang kami tetapkan) dan kuki pihak ketiga (yang ditetapkan oleh pihak ketiga).



    Kuki pihak pertama


    Kuki ini ditetapkan oleh kami di Dyson. Sebahagian besarnya, ia membolehkan fungsi penting di laman web kami. Kuki-kuki ini juga merangkumi kuki Analisis Web kami sendiri, yang kami gunakan untuk memahami cara laman web kami digunakan oleh pengunjung supaya kami dapat mempertingkatkannya.



    Kuki pihak ketiga


    Kuki pihak ketiga tidak ditetapkan oleh Dyson, tetapi oleh pihak ketiga terpilih yang bekerja bersama kami. Sesetengah kuki pihak ketiga ini membolehkan perkhidmatan yang berguna, contohnya soal selidik dalam talian atau Bualan Langsung (yang membolehkan anda bertanya soalan kepada pakar Dyson). Kuki lain boleh ditetapkan oleh rangkaian pengiklanan yang bekerjasama dengan kami untuk menjejak aktiviti pencarian anda, supaya ia dapat menempatkan iklan dalam talian kami di tempat yang paling sesuai. Dalam bahagian di bawah tentang “Mengurus kuki”, kami menerangkan cara anda boleh mengubah tetapan anda supaya pihak ketiga (termasuk pengiklan) tahu bahawa anda tidak mahu dijejaki.



    Kuki media sosial


    Beberapa halaman di laman web kami membolehkan anda berkongsi kandungan kami melalui laman media sosial seperti LinkedIn, Facebook dan Twitter. Ada kalanya kami mungkin memasukkan video daripada laman seperti YouTube. Laman-laman ini menetapkan kukinya yang tersendiri, dan kami tidak mempunyai kawalan ke atasnya. Laman media sosial tersebut mungkin memiliki dasar kukinya sendiri, yang, jika tersedia, biasanya boleh didapati di laman web mereka. Anda perlu menyemak dengan teliti dasar kuki tersebut untuk memastikan anda berpuas hati dengannya.

    Kuki yang termasuk dalam tiga kategori di atas boleh dikategorikan lebih lanjut bergantung sama ada ia kuki sesi atau kuki kekal.



    Kuki sesi


    Kuki ini luput apabila anda menutup pelayar anda (atau jika anda tetap tidak aktif untuk masa yang tertentu). Kuki-kuki ini digunakan di laman web e-dagang kami supaya anda dapat meneruskan pencarian tanpa tidak melupakan item yang telah anda masukkan ke dalam troli membeli-belah anda.



    Kuki kekal


    Kuki ini kekal walaupun pelayar ditutup. Ia digunakan untuk mengingati anda supaya anda tidak perlu memasukkan semula kata laluan dan maklumat log masuk setiap kali anda melawat sesuatu laman web.

    Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang beberapa kuki individu yang kami gunakan dan tujuan ia digunakan di sini.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Mengurus kuki

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Semua pelayar web paling popular membenarkan anda mengurus kuki.



    Bagaimana untuk mengurus kuki dalam pelayar web yang berbeza


    Kebanyakan pelayar akan membenarkan anda mematikan kuki. Sila ambil perhatian bahawa mematikan kuki akan menyekat penggunaan laman web kami oleh anda.

    Pautan berikut memberikan maklumat tentang cara mengubah suai tetapan kuki pada beberapa pelayar popular:



    Maklumat lanjut tentang mengurus kuki


    www.allaboutcookies.org ialah sumber berguna yang mengandungi banyak maklumat terperinci tentang kuki dan cara menguruskannya.

    Sila ambil perhatian bahawa buat masa ini, kami tidak memberi respons kepada isyarat Jangan Jejak (“Do Not Track” atau DNT).

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Perubahan kepada dasar kuki ini

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Kami akan menyemak semula, dan jika perlu, mengemas kini dasar ini secara tetap dan akan mencatat tarikh kemas kini terakhir di bawah.

    Jika kami mengubah dasar kuki kami, kami akan menyiarkan butir-butir perubahan di bawah.

    Dasar ini terakhir disemak semula dan dikemas kini pada bulan November 2019

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Perubahan dasar kuki ini yang terdahulu

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    November 2019

    Dasar kuki dikemas kini untuk mencerminkan aktiviti pemprosesan semasa.


    Mac 2018

    Dasar kuki dikemas kini untuk menggambarkan perubahan dalam cara Dyson menggabungkan kategori maklumat peribadi yang diperolehi daripada pelbagai sumber.


    Mac 2016

    Portal Privasi Global dilancarkan bersama dasar kuki baharu.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Terjemahan dasar kuki ini

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Dasar kuki ini telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke bahasa rasmi pelbagai negara. Kami telah melakukan ini untuk memastikan dasar ini jelas dan boleh diakses oleh semua pengguna laman web, aplikasi dan produk terhubung kami. Jika terdapat sebarang konflik atau ketakkonsistenan di antara versi terjemahan dasar kuki ini, versi Bahasa Inggeris akan dikekalkan.

    Baca seterusnya Baca kurang
  • Hubungi kami

    Baca seterusnya
    Baca kurang

    Anda boleh menghantar e-mel dengan sebarang pertanyaan, komen atau kebimbangan kepada Pasukan Privasi kami di privacy@dyson.com atau menggunakan butiran hubungan tambahan. Kami akan menghubungi anda kembali secepat mungkin.

    Baca seterusnya Baca kurang